Tuesday, April 28, 2015

America Dream VS Thailand Dream



Rata-rata Asian ada impian utk pergi ke USA seperti yang digembar-gemburkan "land of opportunities".Banyak tempat yang menarik boleh dilawati di USA untuk peminat filem,sains & teknologi,muzik,sejarah selain bangunan dan keindahan alam semulajadinya.Saya rasa tidak perlu huraikan secara terperinci kenapa ramai Asian menyimpan impian ke sana.Cuma disini kita sebagai Malaysia patut berbangga berjiran dengan Thailand.Kenapa harus berbangga? Kalau Asian dengan American Dreams mereka pula dengan Thailand Dreams. Tak percaya? Bagi mereka Thailand syurga dunia,mengembara dengan modal rendah dan banyak keindahan boleh didapati di Thailand.Ada yang memberi perumpamaan "setiap hari musim panas " (everyday is summer ) disini kerana cuaca panas dan hujan.Bagi orang lelaki dewasa pula mereka menggelar Bangkok sebagai "Disneyland for men".Kalau mereka tidak ke Thailand umpama tidak lengkap destinasi pengembaraan mereka.

 # penulisan ini hasil dari kajian aku sendiri dengan pelancong USA di Thailand dan pengalaman aku semasa di USA.Kalau rasa mengarut aku okay ja.