Monday, January 26, 2015

KOH SAMUI,THAILAND

Pemandangan jeti Koh Samui

Trip ni aku p selama 4 hari 3 malamni bermula dari Hatyai.Aku amik mini van ke Donsak Pier kerana bas dah penuh.Van bertolak sekitar 10 p.m. dan tiba 2 a.m..agak laju juga van tu bawa dan ikut jalan short cut..setibanya di Donsak Pier terpaksa la lepak kat tempat menunggu bersama backpackers dari Europe sekitar 10 org..so x takut sangatla kerna ramai bole sembang2..yang kurang best ada anjing yang baik dan yang menyalak..agak memuaskan jugala kerna tandas situ bersih

Donsak Pier
Feri pertama seawal jam 5 a.m...terpaksa menapak kerna van tidak pergi ke Koh Samui..agak jauh jugakla dalam 1/2 kilometer..bekpekes so takat jalan ni no hal la..hahaha..tapi kira bernasib baikla ada yang menumpangkan motor ke jeti kerna dia nak masok kerja..rezki jangan ditolak..musuh jangan dicari..tambah anjing banyak dok menyalak..seram kot dok gelap lagi

Pemandangan dari atas bumbung feri

Feri dia agak besar dari feri Penang dan bergerak lebih lembap dari feri Penang.Perjalanan memakan masa 2 jam 1/2 untuk sampai ke Jety Koh Samui..Feri ni 3 tingkat..bawah sekali untuk kenderaan,tengah dan atas sekali penumpang.Ada tv,kerusi yang selesa untuk tidur dan kedai runcit.Selepas subuh dan matahari menampakkan diri aku beli kopi panas dengan harga 10 Bhat dan lepak di atas bumbung feri..angin syahdu dan pemandangan cantik..cuma jangan duduk dibahagian serombong ekzos..bole dapat habuan bau asap diesel.
Setibanya di Jety Koh Samui aku teros ambil teksi bermotor untuk ke Stesen Bas Koh Samui.Tujuannya untuk menyewa motor dan memudahkan bila pulang nanti.Aku beli siap tiket balik kerna tak mahu jadi perkara seperti aku datang tiket bas habis.Selepas selesai aku menyewa motor dihadapan kaunter tiket.Lalu ekspedisi bermula.Berpandukan blog minah salleh aku mencari Thong Son Bay.Didalam blognya beritahu tempatni tersembunyi dan cantik.Berpandukan Google Maps aku mencari..jauh perjalanan dalam 30 minit dari stesen bas menggunakan skuter sekitar 80 km/j.Minyak petrol agak mahal disni sekita 38 seliter.

Thong Son Bay

Setelah meredah selama hampir sejam mencari laluan masuk ke pantai ni akhirnya jumpa juga..kerna laluannya agak kecil dan terpaksa melalui kampung..memula x konfiden dan hampir putus asa.Tambahan badan yang melekit seharian tidak mandi dan lapar kerna dah hampir tengahari.Tidak sia-sia mencari sehingga jumpa jika dibandingkan dengan pantai Lamai dan Chaweng memang Thong Son Bay superb!!!

Bungalow Thong Son Bay

Kaunter untuk menyewa bungalow ni terletak didalam restoran Thong Son Bay..ada 10 biji ja bungalow.Aku nak amik atas pantai dah disewa oleh Mat Salleh berharga sekita 1000 Bhat siap ada aircond..hanya 6 bilik aircond dan 4 kipas angin..ternampak bungalow atas bukit ni berharga 800 Bhat tetapi kipas angin dan fully rekemen oleh pekerja dia bagitau tak panas teros deal bagi jadi ambil kunci walaupon baru pukul 11 pagi...gila dari semalam tak mandi..matahari makin panas.Masok bilik lena 2 jam bagi hilang penat pastu mandi.Selepas mandi perot berasa lapar pegi cari makan.Restoran Muslim kat Ban Hua Thanon sedap dan harga okay..ramai juga gangs bikers Malaysia pergi makan sana dari sticker di restoran dia..tuan punya kedai peramah dan bole berbahasa Melayu.Selepas makan aku meronda dengan skuter masok kedalam perkampungan Melayu berdekatan kedai dia..ada jeti dan kedai runcit serta pasar basah.Saling tak tumpah macam perkampungan nelayan Malaysia.Kemudian aku ke Pantai Chaweng.Pantainya agak ramai pengunjung Mat Salleh yang menyewa disitu.Sambil-sambil tu aku survey harga bilik disitu.Agak mahal juga yang terletak ditepi pantai dan kesemuanya harga 1200 Bhat keatas dan fully book.Setelah penat berjalan di tepi pantai dan hampir senja aku ke Pekan Chaweng untuk membeli makanan dibungkus pulang sambil-sambil ronda pekan kerna malas nak keluar malam.Aku nak rest aku penat.Sampai bilik aku mandi dan makan.kawasan hotel agak sunyi tapi sebelah resort ada buffet dan pertunjukkan ditepi pantai.Hilang gak rasa sunyi kerna tiada tv dengan melihat pertunjukkan free..



Hin Ta & Hin Yai

Hin Ta & Hin Yai

Central Festival






Koh Samui trip Raya 2014 ( 4D 3N)

Penang - Hatyai RM40 Van (ETA 4 jam)
Hatyai - Koh Samui 480 Bhat Bus + Ferry (ETA 8 jam)
Hotel 400-800 Bhat
Rent Motor 200 Bhat

3 comments:

  1. amboi hang tangkap gambar kt Hinta Hinyai

    ReplyDelete
  2. Lain kali kalo visit Samui, inap di hostel saya yaaa https://www.facebook.com/baanhinlad/

    ReplyDelete