Thursday, March 19, 2015

Part 3-Ditahan di Long Beach Airport



Dari TOM BRADLEY AIRPORT (LAX) aku amik van transit (teksi)ke Long Beach Airport.Van transit ni mesra OKU.Aku bagitau airport domestik dekat pegawai teksi perempuan(aku kira pegawai kerna dia bawa buku log dan pemandu perlu lapor kepada dia)kerna aku nak terbang ke Seattle menggunakan Jet Blue Airlines dan bukan Long Beach International Airport.Sepanjang perjalanan melalui Long Beach memang sangat cantik dengan pemandangan rumah-rumah ditepi pantai siap ada bot persendirian.Salah seorang penumpang tinggal disitu dan aku mula berangan-angan tinggal disitu.Pasang angan-angan tak salahkan?Hahaha..Okay selepas menurunkan penumpang van meneruskan perjalanan melalui highway.Kawan aku dh lena mungkin jetlag dan penat,aku masih teruja melihat sekeliling dan ternampak papan tanda belok kanan ke Long Beach Airport.Eh kenapa dia terus ja?namun aku senyapkan ja mungkin ada jalan pintas.Setelah sampai ke airport aku,kawan dan penumpang seorang lagi turun dan kawan aku tanya betulka airport ni?aku mana nak tau x penah sampai.Dia tanya pemandu tu lagi skali untuk kepastian sebelum bayar dan pemandu tu kata bukan yang ni tapi kami yang cakap nak p airport ni.Punggah flight ada lagi sejam untuk check in.Setelah bertekak dan pemandu van tidak mahu bawa kami kesana teros kawan aku cakap bayar tambang ikut meter 20 USD dan jangan bagi tips.Aku terkejut pasai aku x tau kena bagi tips(1st time sampai Amerika katakan).Nasib kami agak baik kerna seberang jalan ada stesen teksi dengan caj 30USD pemandu seorang Mexican membawa dengan agak laju.Sesampai ja di Long Beach Airport jadi lagi satu cerita pulak,kami tak beli luggage.Barang terpaksa dibahagi dan bayar ekstra kerna terlebih muatan.Tergelak minah salleh yang jaga kaunter,mau tak gelak time bahagi luggage buka bag ada ikan bilis,ikan masin,rempah,rokok,kopi dan benda2 merepek.Lepas check in nak menghilangkan rasa penat beli kopi segelas dan hisap rokok surya ditempat yang disediakan sambil melihat view senja di Long Beach.Airport dia lebih kecil dari Penang International Airport.Selepas selesai nak masok ke gate seperti biasa ada polis untuk check badan dan kena lalui gate keselamatan.Silapnya masa pegawai minta ID aku bagi passport dan dia tanya nama,aku p cakap dah tulis kat passport tu nama aku dan dengan nada agak keras dia suruh sebut nama aku pon sebut la nama.Terus dibawa ketepi untuk random check.Disuruh buka kasut,tali pinggang utk scan body serta bag day pack.Laptop,tab,buku dan baju persalinan dalam bag day pack aku semua dibawa keluar.Mampos dah ada lagi 20 minit nak berlepas.Kawan aku dh raplah dah dari raut muka dia.Terus terbayang kena tahan dengan immigresen Singapura semasa ingin masuk Singapura pada tahun 2008 di border.Nasib baik pengawal omputih tu bagus dia cakap tak dak pa cuma random check dan buat secepat mungkin pasai aku dok tanya pasaipa dan kawan aku dok tunggu.Aku masih terbayang lagi pegawai Mexican yang tahan aku,berbadan besar dari aku dan muka garang mau x kecut perut.Selepas selesai check dan scan aku dilepaskan dan terus ke gate pelepasan.Dalam seharian ja bermacam cerita seronok,takut,ditahan dan pengalaman hari pertama di California.(aku masih tertanya-tanya samada aku kurang ajar atau bau rokok surya penyebab aku ditahan)
Seattle aku datang
To be continue....