Monday, January 26, 2015

KOH SAMUI,THAILAND

Pemandangan jeti Koh Samui

Trip ni aku p selama 4 hari 3 malamni bermula dari Hatyai.Aku amik mini van ke Donsak Pier kerana bas dah penuh.Van bertolak sekitar 10 p.m. dan tiba 2 a.m..agak laju juga van tu bawa dan ikut jalan short cut..setibanya di Donsak Pier terpaksa la lepak kat tempat menunggu bersama backpackers dari Europe sekitar 10 org..so x takut sangatla kerna ramai bole sembang2..yang kurang best ada anjing yang baik dan yang menyalak..agak memuaskan jugala kerna tandas situ bersih

Donsak Pier
Feri pertama seawal jam 5 a.m...terpaksa menapak kerna van tidak pergi ke Koh Samui..agak jauh jugakla dalam 1/2 kilometer..bekpekes so takat jalan ni no hal la..hahaha..tapi kira bernasib baikla ada yang menumpangkan motor ke jeti kerna dia nak masok kerja..rezki jangan ditolak..musuh jangan dicari..tambah anjing banyak dok menyalak..seram kot dok gelap lagi

Pemandangan dari atas bumbung feri

Feri dia agak besar dari feri Penang dan bergerak lebih lembap dari feri Penang.Perjalanan memakan masa 2 jam 1/2 untuk sampai ke Jety Koh Samui..Feri ni 3 tingkat..bawah sekali untuk kenderaan,tengah dan atas sekali penumpang.Ada tv,kerusi yang selesa untuk tidur dan kedai runcit.Selepas subuh dan matahari menampakkan diri aku beli kopi panas dengan harga 10 Bhat dan lepak di atas bumbung feri..angin syahdu dan pemandangan cantik..cuma jangan duduk dibahagian serombong ekzos..bole dapat habuan bau asap diesel.
Setibanya di Jety Koh Samui aku teros ambil teksi bermotor untuk ke Stesen Bas Koh Samui.Tujuannya untuk menyewa motor dan memudahkan bila pulang nanti.Aku beli siap tiket balik kerna tak mahu jadi perkara seperti aku datang tiket bas habis.Selepas selesai aku menyewa motor dihadapan kaunter tiket.Lalu ekspedisi bermula.Berpandukan blog minah salleh aku mencari Thong Son Bay.Didalam blognya beritahu tempatni tersembunyi dan cantik.Berpandukan Google Maps aku mencari..jauh perjalanan dalam 30 minit dari stesen bas menggunakan skuter sekitar 80 km/j.Minyak petrol agak mahal disni sekita 38 seliter.

Thong Son Bay

Setelah meredah selama hampir sejam mencari laluan masuk ke pantai ni akhirnya jumpa juga..kerna laluannya agak kecil dan terpaksa melalui kampung..memula x konfiden dan hampir putus asa.Tambahan badan yang melekit seharian tidak mandi dan lapar kerna dah hampir tengahari.Tidak sia-sia mencari sehingga jumpa jika dibandingkan dengan pantai Lamai dan Chaweng memang Thong Son Bay superb!!!

Bungalow Thong Son Bay

Kaunter untuk menyewa bungalow ni terletak didalam restoran Thong Son Bay..ada 10 biji ja bungalow.Aku nak amik atas pantai dah disewa oleh Mat Salleh berharga sekita 1000 Bhat siap ada aircond..hanya 6 bilik aircond dan 4 kipas angin..ternampak bungalow atas bukit ni berharga 800 Bhat tetapi kipas angin dan fully rekemen oleh pekerja dia bagitau tak panas teros deal bagi jadi ambil kunci walaupon baru pukul 11 pagi...gila dari semalam tak mandi..matahari makin panas.Masok bilik lena 2 jam bagi hilang penat pastu mandi.Selepas mandi perot berasa lapar pegi cari makan.Restoran Muslim kat Ban Hua Thanon sedap dan harga okay..ramai juga gangs bikers Malaysia pergi makan sana dari sticker di restoran dia..tuan punya kedai peramah dan bole berbahasa Melayu.Selepas makan aku meronda dengan skuter masok kedalam perkampungan Melayu berdekatan kedai dia..ada jeti dan kedai runcit serta pasar basah.Saling tak tumpah macam perkampungan nelayan Malaysia.Kemudian aku ke Pantai Chaweng.Pantainya agak ramai pengunjung Mat Salleh yang menyewa disitu.Sambil-sambil tu aku survey harga bilik disitu.Agak mahal juga yang terletak ditepi pantai dan kesemuanya harga 1200 Bhat keatas dan fully book.Setelah penat berjalan di tepi pantai dan hampir senja aku ke Pekan Chaweng untuk membeli makanan dibungkus pulang sambil-sambil ronda pekan kerna malas nak keluar malam.Aku nak rest aku penat.Sampai bilik aku mandi dan makan.kawasan hotel agak sunyi tapi sebelah resort ada buffet dan pertunjukkan ditepi pantai.Hilang gak rasa sunyi kerna tiada tv dengan melihat pertunjukkan free..



Hin Ta & Hin Yai

Hin Ta & Hin Yai

Central Festival






Koh Samui trip Raya 2014 ( 4D 3N)

Penang - Hatyai RM40 Van (ETA 4 jam)
Hatyai - Koh Samui 480 Bhat Bus + Ferry (ETA 8 jam)
Hotel 400-800 Bhat
Rent Motor 200 Bhat

THONG SON BAY-KOH SAMUI,THAILAND

RESTAURANT THONG SON BAY

Pantai Thong Son lagi gebu dari Pantai Lamai

BUNGALOW 800 THAI BHAT SEMALAM

MASSAGE DI TEPI PANTAI

MEMANG DAMAI

POKOK NYOQ NI BORDER ANTARA THONG SON BUNGALOW DENGAN NANTRA THONG SON BAY RESORT

VIEW DARI BUNGALOW
Ramai yang p Koh Samui akan lepak area Chaweng atau Lamai..tempat agak bising dan harga mahal..berpandukan blog seorang minah salleh aku menemui tempat ini dengan bantuan Google maps..memang damai & sempoi abis..ramai yang tak tahu dan agak jauh dari pekan..lebih kurang 15 minit pederaih skuter ke Chaweng..Thong Son Bay sesuai untuk honeymoon dan yang nak view yang indah...pantai dia juga tak ramai yang mandi kerana sebelah bungalow ni ada resort yang 5 star..depa dok ingat pantai ni private punyala..jadi pelancong yang mandi kebanyakkan dari resort ni saja..yang bestnya malam ada show free dari resort sebelah pasai depa buat atas pantai..so bole tengok la..ada gak entertainment sampai pukui 12..hahaha

AKU,PETANI,GANJA,AMERIKA

MUSIM MENUAI (FALL SPETEMBER 2013)



nanti aku update..tengah mencari gambar2 yang lain















RM 1- YURAN ATAU RASUAH ?

PAPAN TANDA DI SEMPADAN DANNOK


Ramai yang tertanya-tanya kenapa perlu bayaq RM 1 untuk mendapatkan cop passport masok dan keluar dari Thailand.Selama 13 tahun aku keluar masok ikut jalan darat memang pernah juga tak bayaq.Tapi rasa x sampai 5 kali kot..hehehe..saja test x bayaq..selalu depa mintak kecuali betoi2 bz..1st time aku masok ikut tok guru aku time 2002 memang dah diajar supaya membayaq RM 1 tapi time tu x dak passport guna border pass.Border pass pon guna orang punya.Time tu memang masok kosong camtu ja pon boleh.Border kawalan tak ketat.Tetapi aku pernah bayaq RM 5 pasai nak p Hatyai tahun 2003.Masa tu memang rasuah la pasai aku kosong x dak passport nak pi Hatyai.Macam besa guna border pass orang lain dan dok dalam taxi sapu Siam cuma tok guru aku ngan kawan siam aku ja turun pi cop.Memang pengalaman ngeri gak la...hahaha.Pada tahun 2005 baru aku wat passport pasai kena marah ngan Abang Polis kita time keluaq border dia tanya p mana adik?Aku jawab p duty free ja Abang.Dia kata ang toksah la dok pembohong aku..Ni dh dekat pukui 12 malam..Duty free tutup pukui 9 malam..Kantoi la..hahaha..Dia pesan ja lani banyak bom dan aku selalu keluaq masok baik buat passport..Bila jadi apa2 senang..Tok guru aku pon suruh buat pasai kerap sangat takot jadi apa2.Dan pada tahun 2005 juga Lee Garden Plaza Hatyai dibom.Memang kena guna passport la kawalan semakin ketat.Apa plak aku pi melalut ke laut ni..OK kita berbalik ke cerita bayaran RM 1 ni.Masa tahun 2010 aku ingin ke Klonget,Sadao.Disitu ada pasar pagi setiap sabtu agak besar,lebih kurang 2 kali besaq Ropwok,Penang.Aku pi sana untuk mengambil stock bundle.Ada juga pakaian baru lelaki,perempuan,periuk dan segala mak nenek la.Pagi sabtu trip 1st pukui 5am aku ambik van Siam ke sana dan bila turun untuk cop passport kat imigresen satu omputih ni berkeras tak mau bayaq RM 1.Yang pegawai immi ni dah tak tau cakap omputih,aku pon bagitau la kena bayaq dalam omputih.Dia berkeras gak kata tak boleh,ini rasuah.Alamak jam teroih,mai lagi 1 staff immi bawak omputih ni ke papan tanda betoi2 tepi lorong kereta kaunter pos immi yang pertama bersebelahan lorong motorsikal.Termalu omputih tu tak terkata apa,aku dan penumpang lain bengang la.Pasai dia kami kena tunggu.Hikmah disebalik kejadian baru aku tau awat depa dok selit RM 1 time bagi passport.Bukan rasuah tapi caj atau bayaran umtuk memasuki Thailand menggunakan jalan darat.Aku masok Thailand dari sempadan Cambodia pon kena caj serupa 10 Bhat.Sesetengah pengusaha van Siam dah caj sekali dalam tiket sebabtu tak perlu bayar di kaunter.Depa nanti pi bayaq masa declare penumpang di pejabat immi Thai.Lepasni kalau ada orang cakap kita bayaq RM 1 ni nak bagi depa tak bising dan cop bagi laju tak tanya banyak tu semua dok pembohong..hahaha


Monday, January 19, 2015

KEDAI MAKAN (Malaysian Restaurant) Downtown Seattle,WA

KEDAI MAKAN 





Kedai Makan ni aku rekemen kalau pergi ke Downtown Seattle..nasi lemak dia sedap..Setiap hari khamis ada burger Ramly tapi kena booking awai takut habis..Owner kedai ni Minah Salleh yang pernah travel di Malaysia..Aku siap beli ikan bilis goreng sambal dengan kacang..sedap dari Malaysian Restaurant yang lain area Seattle..yang lain dimiliki oleh seorang pengusaha Cina Ipoh..Selalu aku p kedai Malaysian Restaurant yang lain hanyalah nak pekena teh tarik n roti canai..hehehe

Saturday, January 17, 2015

MOUNT RAINIER,WASHINGTON

                                                   MOUNT RAINIER,WASHINGTON

Pada bulan pertama aku sampai Seattle,WA..disinilah gunung pertama yang dibawa naik utk melihat keindahan ciptaan Illahi..!st time aku pegang salji di Amerika di musim panas..hahaha..besala x pernah pegang salji..sanggup kawan aku bawa naik gunung dengan memandu kereta 3 jam perjalanan naik ke atas gunung..Subhanallah memang cantik

Hari-hari naik highway i5 mesti nampak gunung ni cantik dari jauh diselimuti salji


Laluan ke tasik

Memang pantulan..patot depa boh nama Reflection Lake

Papan tanda sejarah tasik ni


Air tasik jernih dan sejuk...

Terjun teroih x kasi chance weeiii...gila dah mai jauh2 x kan x mau benda gila ...hehehe

Rusa kt tasik cari makan

1st time pegang salji..hehehe